ingin berkongsi maklumat tentang pasar malam berdekatan anda?
ingin mencari pasar malam yang berhampiran tempat anda menginap?
inilah tempat yang sesuai!!!
Tuesday, August 30, 2016
Kisah Pasar Malam
konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.
Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.
Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan.
Penjual makanan perlu mendapatkan
1. Suntikan kesihatan demam kepialu/tipod - Typhim VI dan
2. Kursus Penyediaan Makanan
dan tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan.
Pasar Malam seringkali berbeza-beza menurut ethnik. Pasar malam Melayu biasanya mengandungi buku-buku keugamaan, kopiah, kain sarong, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina mungkin menjual set Mah Jong, incense, colok, kertas dan pelbagai barangan keugamaan Cina. Pasar malam India boleh mengandungi barangan keugamaan Hindu.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment